PENGALAMAN/ EXPERIENCE
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan pembaca blog persada Cikgu Qayyim. Lepas ni saya akan update selalu dalam blog ni. insya-Allah. Sejak posting pada tahun 2016 dulu, sekali pon saya tak pernah update dalam blog ni. So walk down memory lane dalam KRS, 2016 saya ditempatkan di sebuah sekolah dalam daerah Perak Tengah. Berada di sekolah tersebut 2 bulan sahaja, saya bertukar ke sekolah yang lebih jauh ke luar bandar iaitu di sekolah saya sekarang iaitu SK Sungai Besar sehinggalah sekarang. Banyak pengalaman yang diperoleh semasa mencari rezeki di tempat orang. Perak Tengah ialah sebuah daerah yang tidak aktif dalam TKRS. Masa mula-mula ditempatkan disini, daerah ni agak sepi dengan program atau perkhemahan. Tiada perkhemahan kenaikan pangkat untuk kadet disini. Saya berazam ingin mengubah daerah Perak Tengah ini menjadi daerah yang disegani dalam negeri Perak. Sebelum saya boleh mengubah daerah, saya kena ubah sekolah saya dahulu. Pada tahun 2017, saya telah menu...








