PENGALAMAN/ EXPERIENCE
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan pembaca blog persada Cikgu Qayyim. Lepas ni saya akan update selalu dalam blog ni. insya-Allah. Sejak posting pada tahun 2016 dulu, sekali pon saya tak pernah update dalam blog ni. So walk down memory lane dalam KRS, 2016 saya ditempatkan di sebuah sekolah dalam daerah Perak Tengah. Berada di sekolah tersebut 2 bulan sahaja, saya bertukar ke sekolah yang lebih jauh ke luar bandar iaitu di sekolah saya sekarang iaitu SK Sungai Besar sehinggalah sekarang. Banyak pengalaman yang diperoleh semasa mencari rezeki di tempat orang.
Perak Tengah ialah sebuah daerah yang tidak aktif dalam TKRS. Masa mula-mula ditempatkan disini, daerah ni agak sepi dengan program atau perkhemahan. Tiada perkhemahan kenaikan pangkat untuk kadet disini. Saya berazam ingin mengubah daerah Perak Tengah ini menjadi daerah yang disegani dalam negeri Perak. Sebelum saya boleh mengubah daerah, saya kena ubah sekolah saya dahulu. Pada tahun 2017, saya telah menubuhkan UNIT BERUNIFORM TKRS di SK Sungai Besar.
Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar telah diilhamkan oleh En. Wan Abdul Qayyim bin Wan Jaafar dengan sokongan kuat Penolong Kanan Kokurikulum sewaktu itu, Tuan Haji Yusof bin Jelani. Tujuan utama penubuhan di sekolah ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan TKRS SK Sungai Besar hanya mempunyai murid yang berpangkat Lans Koperal dan Koperal. Dewasa ini kadet SK Sungai Besar telah melangkah jauh sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Sejak penubuhannya pada 2017, Sekolah Kebangsaan Sungai Besar telah melahirkan hampir 50 orang murid berpangkat Sarjan Negeri dan Kebangsaan. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar secara rasminya telah disempurnakan oleh Guru Besar ketika itu, Tuan Haji Ali bin Sham pada 13 November 2016 di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar.
Sekian dahulu coretan saya buat kali ini. Insya-Allah. Jumpa lagi. Assalamualaikum


Comments
Post a Comment